Wednesday, February 24, 2010

Hadirmu


sedang aku duduk termenung. aku teringat blog aku kat friendster dulu. adalah satu sajak yang aku buat khas buat kawan baik aku. cerita dia panjang sangat ada masa kau cerita tapi masa tue aku betul2 down.. Arwah papa aku pernah pesan orang buat baik kat kiter, kiter kne buat baik kat dia. Walaupun orang buat jahat kat kita, kita jangan balas, andai kata dia susah, kita kena tolong. "benda alah" nie aku buat untuk mengenang dia je, supaya aku sedar dalam hidup ni, kawan yang baik tak datang berkali-kali yang datang berpuluh malah beratus tu semua kawan yang nak mengambil kesempatan jew.. kawan yang berkualiti ni susah nak cari tapi nasib baik aku ade midah.. siapa itu midah?? dia bini kepada Pa'an, owner bengkel motor kat bandar pusat.

midah dan aku..

dah kenal?? sebelum aku kenal dia, susah aku nak cari kawan.. tapi untuk mengenang sahabat baik aku dulu, aku hadiahkan benda alah nie untuk dia.. ameklah baca..

Hadirmu...


di saat aku sepi sendiri,
kau hadir menceriakan aku,
di saat aku jatuh lemah,
kau bangkitkan semangatku,
kau tenangkan hatiku,
dengan senyumanmu,
hinggakan aku takut akan kehilanganmu,
namun,
kerana ikutkan hati,
kerana perasaan yang bercelaru,
aku tinggalkan kau sahabatku,
aku sebenarnya teramat menyayangimu,
setiap hari hatiku memanggil namamu,
diriku inginkan hadirmu,
aku rindu melihat ketenangan wajahmu,
kau cukup sempurna di mataku,
hinggakan aku takut untuk memilikimu,
sekarang,
sudah terlambat untuk aku betulkan keadaan,
sudah pasti,
kau tidak mampu maafkan aku,
belum tentu,
kau akan tersenyum kepadaku seperti dulu,
akan ku anggap,
hadirmu dulu umpama mimpi terindah buatku,
kau hanya wujud di alam fantasiku.


p/s :- jangan sesekali tinggalkan sahabat kerna sesuatu yang tidak pasti, percaya pada instinct anda.. jangan jadi macam aku..

No comments: